Pas dan Dap bersandiwara dalam isu alkohol dinegeri Selangor, Pas akan mengurangkan penjualan arak ditiga tempat, restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam, menurut ketua publisiti Tony Pua. PAS dianggap “bongkak dan sukar bekerjasama” apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu. Sebenarnya Tony Pua sedang membuat publisiti untuk Pas.
Pas sebenarnya tidak boleh menganggap ini satu kejayaan kerana kilang arak yang mengeluarkan arak masih di Selangor, ini janji Pas ketika pilihanraya dahulu. Hassan Ali mahu menutup kilang arak berkenaan, tetapi apabila menang pilihanraya, Hassan Ali tidak ada keberanian untuk menutup kilang itu.
Untuk pengetahuan Pas Selangor, kebanyakan orang minum arak di Pub dan lounge Hotel bukan di 7 Eleven atau kedai mamak mahupun kedai runcit. Kalau Pas benar-benar mahu melaksnakan, halang Pub, Hotel dan rumah urut yang berluluasa di Puchong dari menjual arak. Barulah boleh dikatakan Pas berjaya.
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
6 years ago

No comments:
Post a Comment