Tuesday, December 2, 2008

UMNO patut bangkit bersuara...komponen BN perlu tutup mulut

Isu ketuanan Melayu nampaknya masih belum reda, malah parti komponen BN pun turut menghentam. Sebelum ini, Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe telah membangkitkan perkara itu. Khamis lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek pula menolak konsep ketuanan Melayu dengan mengatakan ia tidak relevan dan ditolak pelbagai kaum.

Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA, Dr Che Mei Fun yang mengatakan bahawa tanah air ini milik semua rakyat dan mereka adalah tuan tanah Malaysia. Terbaharu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa istilah ketuanan Melayu menggambarkan seolah-olah seperti hubungan hamba dengan tuan.

Kelantangan mereka ini mungkin kerana pemimpin Melayu berdiam diri kononnya ingin menjaga hati dan perasaan kaum lain. Lantas mereka terus menerus dihina. Perkara ini diakui sendiri oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

“UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing.

“Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen dalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN,” katanya.

“Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi. Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO.

Beliau mengakui isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”.

“Adalah lebih baik kita menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.,” tambahnya.

Sehubungan itu Mukhriz mencadangkan supaya langkah menyatupadukan rakyat dibuat di peringkat sekolah. “Semua sekolah harus diserapkan ke dalam satu sistem persekolahan dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perantara, kecuali bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

“Sistem ini telah digunakan di hampir seluruh negara di dunia. Sudah tiba masanya kita melahirkan satu bangsa yang bersatu padu daripada peringkat sekolah. Sistem ini boleh dinamakan sebagai sistem pendidikan Malaysia.

Mengikut sistem, kita boleh menetapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin diwajibkan bagi pelajar Cina dan Bahasa Tamil diwajibkan bagi pelajar India. Pada masa yang sama mata pelajaran ini juga terbuka kepada kaum lain. Dengan cara ini kita boleh menggalakkan pelajar menguasai tiga bahasa.

Apabila ditanya samada beliau tidak bimbang cadangan ini akan dijadikan isu oleh kaum lain, Datuk Mukhriz berkata, sistem yang dicadangkan ini adalah sistem yang demokrasi.

“Kita boleh mengekalkan sekolah-sekolah yang sedia ada seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan, cuma sistem pelajarannya sahaja yang berubah,” katanya.

Monday, December 1, 2008

Pengumuman untuk semua BPN

KEPADA SEMUA AHLI BPN SILA DAFTAR IDENTITI ANDA DI CHATROLL BAGI MENGELAKKAN PENYAMARAN IDENTITI BERLAKU.ADA ADUAN DARI SUARASELANGOR DAN WARGA BORNEO TENTANG MASALAH DIBAN / DISEKAT DARI MENGIKUTI CHAT.. INI BERIKUTAN LANGKAH SETIUSAHA I BPN IAITU SAUDARA CHE MOQ YANG MENSYARATKAN SETIAP AHLI SIDANG MAYA MENDAFTAR NAMA TERLEBIH DAHULU BAGI MENGELAK KEKELIRUAN PADA MASA AKAN DATANG..
DIHARAP SEBARANG MASALAH SILA RUJUK KEPADA SETIAUSAHA YB CHEMOQ YANG MENGENDALIKAN RUANG CHAT SIDANG MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA.MAAF DIMOHON KEPADA SAHABAT SAHABAT DI ATAS KESULITAN BERLAKU.

SEMOGA KITA DAPAT BERSIDANG SEPERTI BIASA ISNIN NANTI... AHAD HARI CUTI SIDANG PARLIMEN BLOGGER PEMBELA NEGARA MALAYSIA.JIKA ANDA KELAPANGAN DIPERSILAKAN DATANG BERTEMU DI RUANG CHAT BILA BILA MASA UNTUK BERTUKAR INFO DAN MAKLUMAT BERKENAAN NEGARA KITA SEKARANG INI DENGAN AHLI FORUM YANG HADIR DAN BERDAFTAR SAHAJA..ADALAH LEBIH BAIK DON'T TALK TO STRANGER YANG MENYAMAR KERANA DIKHUATIRI MEREKA DATANG DENGAN TUJUAN MEMECAHBELAHKAN KUMPULAN KITA IAITU BLOGGER PEMBELA NEGARA YANG SUDAH MULA MENJADI PERHATIAN DUNIA SIBER..

DIMINTA SETIAP AHLI MENULIS EMAIL MASING MASING DI RUANG PALING ATAS DAN SENANG DILIHAT DI BLOG MEREKA.INI BAGI MENGELAKKAN INDIVIDU MENGAKU DARI BLOG TERTENTU TETAPI SEBENARNYA BERNIAT JAHAT DAN INGIN MEROSAKKAN PERSAUDARAAN AHLI AHLI BPN DI RUANG CHATROLL KITA ATAU KETIKA SIDANG MENGGUNAKAN YAHOO MESSENGER.PERHATIAN DAN KESABARAN SERTA KERJASAMA DARI SEMUA YANG TERLIBAT DARI AWAL SEHINGGA SEKARANG INI DI DALAM MENJAYAKAN BPN SANGAT DIHARGAI DAN DIDOAKAN DIKURNIAAN ALLAH SERIBU KEBAIKAN DAN CAHAYA IMAN DALAM HIDUP MEREKA.JUGA DIDOAKAN SEBARANG ANASIR JAHAT DAN NEGATIF YANG INGIN MEROSAKKAN BPN INI BAGI MENGHALANG PERPADUAN BLOGGERS PERIHATIN TERHADAP NASIB AGAMA DAN BANGSANYA AGAR DIHALANG OLEH ALLAH TAALA DENGAN BERKAT :
KAF HA YA AIN SHOD / HA MIM AIN SIN QOF.MOGA MEREKA AKAN DIGAGALKAN DALAM PERANCANGAN MEREKA DAN TIPUDAYANYA SEHINGGA MEREKA TIDAK LAGI MENDAPAT BAHAGIAN DARI DOA ORANG ORANG SOLEH...MARI KITA NAIKKAN SEMANGAT KE ARAH MENYATUKAN UMAT BERSAMA SAMA DENGAN SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH INSYA ALLAH..JASA TUAN PUAN AHLI BPN SEKELIAN MEMERAH KERINGAT DAN OTAK BAGI MEMBERI SUMBANGAN IDEA DAN SEMANGAT KE ARAH MEMPERTAHANAN NEGARA ISLAM MALAYSIA AKAN MENJADI SEJARAH INDAH DAN BERMAKNA SEBAGAI UMAT NABI MUHAMMAD YANG MENOLAK PERMUSUHAN DAN PERTELINGKAHAN SESAMA SAUDARA SEAGAMA APATAH LAGI SEBANGSA DAN SAMA WARGANEGARA MALAYSIA.

MESKIPUN ADA DI KALANGAN KITA YANG TIDAK DIKENALI ATAU TIDAK MAHU DIKENALI ATAU MAHU MENDAPAT PUJIAN DI ATAS APA YANG MEREKA LAKUKAN SEKARANG INI..DIINGATKAN JUGA BPN TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR DENGAN CUBAAN MENJADIKAN IA SEBAGAI ALAT MENCAPAI CITA CITA POLITIK MANA MANA PIHAK DALAM ATAU LUAR MANA MANA PARTI SAMADA UMNO PKR PAS YANG BERTENTANGAN DENGAN MATLAMAT ASAL BPN BAGI MENJADI SUARA YANG KUAT DAN BEBAS UNTUK MENJAGA AGAMA BANGSA DAN NEGARA MERENTASI SEMPADAN PARTI DAN NEGERI.SEKIAN, WASSALAM.YANG BENAR,PANGLIMA PERANG CYBER

http://penembak-tepat.blogspot.com
JAM 3.47 PAGIAHAD
30 NOVEMBER 2008

Friday, November 28, 2008

Arak - Pas, Dap sandiwara

Pas dan Dap bersandiwara dalam isu alkohol dinegeri Selangor, Pas akan mengurangkan penjualan arak ditiga tempat, restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam, menurut ketua publisiti Tony Pua. PAS dianggap “bongkak dan sukar bekerjasama” apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu. Sebenarnya Tony Pua sedang membuat publisiti untuk Pas.
Pas sebenarnya tidak boleh menganggap ini satu kejayaan kerana kilang arak yang mengeluarkan arak masih di Selangor, ini janji Pas ketika pilihanraya dahulu. Hassan Ali mahu menutup kilang arak berkenaan, tetapi apabila menang pilihanraya, Hassan Ali tidak ada keberanian untuk menutup kilang itu.

Untuk pengetahuan Pas Selangor, kebanyakan orang minum arak di Pub dan lounge Hotel bukan di 7 Eleven atau kedai mamak mahupun kedai runcit. Kalau Pas benar-benar mahu melaksnakan, halang Pub, Hotel dan rumah urut yang berluluasa di Puchong dari menjual arak. Barulah boleh dikatakan Pas berjaya.

...parti ini kah pilihan ANDA....

Persoalannya benarkah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Anwar?

1). Siapa yang membangkitkan soal laungan azan dan tulisan jawi sehingga membangkitkan kemarahan orang Melayu - Teresa Kok (DAP).

2). Siapa yang membuat kenyataan langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuh dan menegakkan undang-undang Islam di negara ini - Karpal Singh (DAP).

3). Siapa yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

4). Siapa yang berjanji hak yang sama rata kepada semua kaum jika Pakatan Rakyat berkuasa - Lim Kit Siang (DAP).

5). Siapa yang berjanji untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu ketika berkempen di hadapan orang Cina dan India jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

6). Siapa yang mempertikai teks ucapan Yang DiPertuan Agong dan kuasa Sultan Perak - Karpal Singh (DAP).

7). Siapa yang mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan Melayu dan bangsa asing - Khalid Ibrahim (PKR).

8). Siapa yang mencadangkan supaya bahasa lain juga dijadikan bahasa rasmi negara - Teresa Kok (DAP).

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama.

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.Laporan disediakan oleh,Panglima Perang

Cyberhttp://penembak-tepat.blogspot.com